Tuesday, July 7, 2009

REVERSE PSYCHOLOGY DI MANEK URAI

Assalamualaikum,

Dalam usaha yang memang desperate, UMNO cuba memainkan reverse psychology untuk menarik pengundi Manek Urai mengundi mereka.

Ada yang ceramah pakai kopiah putih, yang dulunya labelkan sebagai identiti lebai kampung yang serba tidak mengetahui perkembangan dunia semasa. Ada yang mengatakan Tuan Guru Nik Aziz amalkan kaedah pemerintahan pecah dan perintah. Ada yang memuji Tuan Guru Haji Hadi Awang dan Nasharudin Mat Isa.

Tertunggu tunggu juga laungan memanggil hujan bergema di Manek Urai. Biasanya katak lah yang berjerih memanggil hujan.