Sunday, September 13, 2009

ANALOGI KEK LAPIS

Assalamualaikum,


Kemenangan tim Sammy Vellu dalam pemilihan pucuk pimpinan MIC bukan menunjukkan Sammy dan timnya itu disanjung oleh masyarakat India di Malaysia. Ia juga bukan menunjukkan nyawa BN masih panjang.

Ia sebenarnya adalah satu perkara yang bersifat berlapis, hanya dengan tersingkap lapisan di atas maka barulah kelihatan lapisan yang dibawah. Kemenangan tim Sammy adalah menunjukkan betapa terperangkapnya mentaliti mereka yang membuang undi dalam pemilihan tersebut.

Tetapi di luar sana, pandangan masyarakat India terhadap Sammy Vellu dan MIC telah banyak berubah. Dalam erti kata mereka tidak lagi memberikan ketaatan membabi buta kepada parti ini dan personaliti ini. Lapisan kumpulan ini dalam kek tersebut telah dimakan zaman, dan mereka sedang dalam perjalanan untuk dilupuskan.

Kalau MIC sedang berada dalam lapisan yang telah sampai tarikh luputnya, maka begitu juga dengan MCA. Mungkin kereputan dalam MCA lebih teruk dan lebih tenat lagi, dan kita akan saksikan apabila lapisan yang terungkai, maka kehancuran MCA tidak dapat dielakkan lagi.

Adakah anda fikir sekiranya pengundi tradisional MIC lari dari parti itu, dan pengundi tradisional MCA juga turut lari darinya, BN akan kuat? Formula Mahyuddin ialah kalau UMNO kuat, maka BN akan kuat. Well, formula itu mungkin betul sehinggga Mac 2008. Ia tidak lagi betul sekarang.

UMNO sekarang adalah seperti cacing kepanasan, sedang tercari cari formula untuk mengemblikan kemenangan dalam pilihanraya. Tetapi masih belum berjumpa lagi. Semua faktor yang boleh menyebabkan UMNO menang telah lebur kerana ketamakan mereka sendiri. Hanya satu saja faktor yang masih tinggal sekarang. Undi POS.

Faktor inilah yang mungkin boleh membantu UMNO dalam prk Bagan Pinang nanti. Tetapi itulah satu satunya suasana yang mampu dipunyai UMNO. Selepas daripada ini, UMNO akan redum dan redum.

UMNO akan kelihatan seperti PAS selepas pioiharaya umum 13 nanti. Dulu PAS menguasai satu negeri sahaja. Kelantan.

Mungkin selepas pilihanraya umum 13 nanti, UMNO kuasa satu negeri sahaja.

Johor.