Thursday, September 17, 2009

BANK KERUSI MEREDUM

Assalamualaikum,

September 16 telah berlalu. Angka tersebut juga pada tahun lepas dizikirkan sebagai 916 yang membawa makna Anwar Ibrahim akan menjatuhkan kerajaan BN dan membentuk kerajaan PR. Itu tidak berlaku. Yang berlaku ialah kerajaan PR Perak dicuri dan dijatuhkan sementara waktu secara jenayah.

September 16 juga adalah hari pembentukan Malaysia, dimana Sabah dan Sarawak telah beresetuju untuk membentuk satu federation bersama Malaya. Hari ini sepatutnya adalah hari bersejarah bagi Malaysia. Ia juga sepatutnya diraikan secara besar besaran oleh Malaysia.

Tetapi kerajaan Malaysia tidak meraikan hari tersebut secocok dengan sumbangan besar tarikh itu kepada Malaysia. Tarikh tersebut seolah kelihatan seperti tidak bermakna dan tidak dipandang berharga oleh kerajaan BN yang ditunjangi oleh UMNO.

Sedikit sebanyak, perasaan penduduk Malaysia di Sabah dan Sarawak terguris, kerana kerajan persekutuan tidak mengambil peruah kepada mereka. Kerajaan persekutuann tidak memberikan pengiktirafan yang sepatutnya kepada Sabah dan Sarawak dalam konteks sumbungan besar mereka kepada Malaysia.

Lebih penting lagi, kerajaan BN nampaknya memperlekeh dan memandang sambil lewa sumbangan kerusi kerusi parlimen dan DUN yang disumbangkan oleh kedua dua negeri ini kepada pembentukan kerajaan BN. Tanpa jumlah kerusi yang disumbangkan oleh Sabah dan Sarawak, mungkin kerajaan BN telah bungkus dalam pilihanraya 2008 yang lepas.

Rasa kecewa dan rasa tidak dipeduli telah mula disuarakan oleh pemimpin politik di sana. Yong Teck Lee misalnya, dan juga beberapa pemimpin pemimpin lain. Rasa tidak puas hati ini sentiasa mempunyai kemungkinan untuk diterjemahkan sebagai peralihan angin, daripada menyokong BN kepada menyokong PR.

Perubahan seperti ini tidak boleh dipandang ringan oleh BN, kerana ia boleh berlaku dan telah berlaku. Soalnya ialah adakah suara suara tidak puas hati ini akan segera diterjemahkan sebagai penolakan kepada BN atau hanya gurisan perasaan sahaja masih lagi terlalu awal untuk diketahui secara pasti, namun apa yang bertiup cukup untuk memberi petanda awal tentang apa yang mungkin terjadi pada masa yang tidak begitu jauh dihadapan.

Pendapat saya ialah angin perubahan telah berlaku. Cuma petunjuk yang menyatakan kepastian belum tersembul lagi. Kesediaan rakyat Sabah dan Sarawak beralih angin dan memberikan undi mereka kepada PR telah bermula. Yang tidak dipastikan ialah kelajuan angin perubahan ini.

Selama ini Sabah dan Sarawak adalah satu bank kerusi parlimen dan DUN yang kukuh bagi BN. Tetapi bank kukuh pun boleh redum. Seperti Bank Bumiputra Malaysia Berhad.

Perlekehkan mereka di Sabah dan Sarawak. Bank kerusi BN akan pasti redum.