Wednesday, September 2, 2009

INGATKAN ALBRANGI, RUPANYA.......

Assalamuialaikum,

Teringin juga nak kenal mereka yang mengarak dan memijak kepala hari Jumaat lepas di Shah Alam. Tetapi gambar mereka dah keluar dalam media, tak payah lagi lah nak kenal. Cuma den teperonjek tengok gambar mamat ni. Ingatkan Albrangi......

Penduduk Seksyen 23 Shah Alam yang mengarakkan kepala lembu sebagai bantahan isu kuil Hindu - mengadakan pertemuan dengan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein petang ini.

Rombongan tujuh penduduk dan wakil NGO Melayu yang terlibat dalam bantahan itu dijadual membincangkan penyelesaian kes kontroversi pemindahan kuil Sri Mariaman ke seksyen tersebut dari Seksyen 19.

Malaysiakini difahamkan, rombongan yang diketuai pengerusi jawatankuasa bertindak membantah pembinaan kuil itu, Mahyuddin Manaf (kanan) akan turut menjelaskan situasi sebenar yang berlaku dalam demonstrasi di di depan bangunan setiausaha kerajaan negeri Selangor di Shah Alam, Jumaat lalu, yang dipertikaikan banyak pihak.

Hishammuddin dijangkakan mengadakan sidang media di Kementerian Dalam Negeri selepas pertemuan tersebut.