Walaupun jelas kelihatan elemen UMNO menghina ugama Hindu dengan mengheret dan memijak memijak kepala lembu, saya tetap tidak setuju kalau yang bertanggung jawab dalam kes ini dikenakan I.S.A.
Kalau mereka didapati bertanggung jawab dn bersalah, gunakan undang undang lain yang ada. itu sudah cukup.
PENDAPAT YB RODZIAH
Exco Kerajaan Negeri, Rodziah Ismail mempersoalkan 'double standard' yang diamalkan pemerintah kerana kelihatan hanya menggunakan ISA ke atas pemimpin Pakatan Rakyat (PR) yang didakwa menimbulkan isu perkauman seperti mana dilalui Exco Kerajaan Negeri Teresa Kok tahun lepas.
Bagaimanapun katanya, tiada tindakan dikenakan ke atas pimpinan atau penyokong Barisan Nasional (BN) yang menjurus kepada ketegangan perkauman seperti mana disaksikan dalam perarakan kepala lembu di depan Bangunan SUK pada Jumaat lalu.
”Ini jelas bahawa ISA digunakan oleh pihak pemerintah hanya untuk memburukkan imej pimpinan PR. Untuk menghalalkan penggunaan ISA, pimpinan PR dikaitkan pula dengan isu ketegangan perkauman.
”Maka saya tetap berpegang kepada pendirian bahawa ISA harus dimansuhkan kerana ISA telah memberi kuasa yang terlalu besar kepada Menteri Dalam Negeri sehingga bertindak secara selektif serta menafikan hak perbicaraan dan hak untuk membela diri seseorang,” katanya.