Monday, October 19, 2009

FIQH DUA HASSAN

Assalamualaikum,

Walaupun bagaimana saya menahan diri daripada menulis entry ini namun saya terus juga dituntun oleh perasaan untuk menulisnya. Memang kadang kadang kalau kita dedahkan apa yang tersemat difikiran kita, perkara tersebut boleh menimbulkan pelbagai reaksi.

Namun apabila PAS dipukul teruk dalam pilihanraya kecil Bagan Pinang, ramai orang mula mencari sebab dan musabab, punca dan penanda mengapa keadaan sedemikian berlaku, maka bermacam macam pendapat dikeluarkan.

Tetapi apa yang perlu difahami oleh para pemimpin, terutamanya pimpinan PAS ialah setiap langakh mereka, setiap tindak tanduk mereka adalah satu penterjemahan dalam bidang fiqh yang akan dinilai dan akan menjadi titik tolak serta precedent kepada perkara perkara yang akan dilakukan pada masa hadapan.

Walaupun ramai yang melabelkan Tuan Guru Nik Aziz sebagai seorang Islam fundamentalis, namun fiqh yang beliau lakukan menjadikan beliau sebagai seorang moderat. Seperti dalam isu mengarak kepala lembu di Shah Alam tidak lama dulu, beliau menyanggah perlakuan puak yang menghina agama Hindu ini, berbanding dengan Hisyamudin, seorang menteri UMNO yang menyokong tindakan tersebut. Di sini fiqh Tuan Guru Nik Aziz menjadikannya moderat, dan pendirian Hisyamudin menjadikannya Islam ekstrim.

Oleh itu, bagi pemimpin PAS, apa jua yang mereka lakukan, itu adalah pentafsiran mereka terhadap fiqh semasa. Penafsiran inilah yang penting. Fiqh Hassan Ali isu arak di Selangor bukan menjadikan beliau dan PAS tambah dihormati, tetapi tambah digeruni. Diperisakan lagi dengan kesilapan beliau mengarahkan arak yang dijual dipremis tertentu dirampas oleh PBT, yang mana ini adalah bukan bidang kuasa PBT tersebut. Begitu juga cara Hassan Ali mengeluarkan fiqh bagi menafsir pandangan apabila kita berada dalam gabungan. Cara isu Selcat dilontarkan kepada umum bukan merawat persoalan, tetapi mengeruhkan suasana sehingga perlu berpeluh untuk menyelesaikannya.

Saya nampak fiqh Hasaan Ali lebih merugikan dan mungkin juga memalukan. Manakan tidak, Majlis Agama Islam Selangor mengeluarkan garis pandu siapakah yang layak bercakap bagi pihak Islam di Selangor, dan senarai tersebut tidak memasukkan nama Hassan Ali, sedangkan beliau adalah exco ugama di Selangor. Apakah yang anda tafsirkan daripada keadaan ini?

Satu lagi penghasilan fiqh ialah yang dilkeluarkan oleh Nasarudin Hassan. Dalam prk yang melibatkan calon UMNO yang bermasalah Rohaizat, anak Hassan ini memilih fiqh menyerang dn memalukan lawan. Sehingga soal isteri kedua dibongkar agar mendapat keuntungan politik. Dan fiqh menyerang ini juga digunakan dalam prk Bagan Pinang yang juga melihat calon UMNO ada palitan kotor diimejnya. Apabila kalah pilihanraya baru kita sedar bahawa fiqh tersebut adalah tidak tepat.

Kerosakan yang dihasilkan oleh fiqh 2 Hassan ini tidak mampu diperbetul oleh fiqh 2 khalid. Dalam isu pembinaan kuil Hindu di Shah Alam, dua Khalid ini menggunakan fiqh yang menyebelah penganut Hindu, walau pun ia dimarahi dan ditentang oleh sebahagian orang Islam dalam UMNO.

Bagaimana pula dengan fiqh yang amalkan oleh bekas calon PAS di Bagan Pinang yang tidak mampu menjawab soalan mengenai Kartika dan arak?