Thursday, October 22, 2009

TERINGAT DAENG SANUSI MARIOK

Assalamualaikum,



Saya banyak mengambil ilmu politik daripada Ustaz Dr. Daeng Sanusi Mariok. Beliau pernah menyandang beberapa jawatan tinggi dalam PAS Pusat. Beliau berkata, kalau botol yang baru pecah dan menjadi kaca akan bersifat tajam, dan sering melukai orang lain. Tetapi sekiranya botol yang menjadi kaca ini bercampur, berbaur, berlaga, berlanggar dengan benda benda lain, maka tajamnya yang bersifat menyakitkan itu tadi akan tumpul dan mudah disanggit dan tidak menyakitkan lagi.

Begitu juga apabila berada dalam jamaah atau organisasi. Kita berasa lazat menghentam puak lain. Seperti ramai dan banyak orang PAS yang berasa lazat menghentam UMNO. Tetapi sekiranya PAS atau pemimpin PAS kena tegur, mereka langsung tidak boleh menerima perkara seperti ini.

Polemik yang timbul antara Prof. Aziz Bari dengan Utz Idris Ahmad adalah satu contoh perkara ini. Mujur dimoderasikan oleh Hanipa Maidin. Ada masanya orang PAS kena terima pandangan orang lain, samada sesamaPAS atau orang luar PAS. Pandangan orang mengenai PAS tidak akan salah semuanya sepanjang masa.

Juga, kalau anda menjalani proses pembelajaran di universiti, anda akan diasuh dengan satu skil yang dikenali sebagai critical thinking. Skil ini adalah untuk menyebelahi kebenaran, walaupun kebenaran itu pahit.

Jadi janganlah kita mudah melabel orang sebagai syaitan bisu apabila mereka tidak berani menegur sesuatu isu atau figur, sedangkan bila kena batang hidung makhluk bisu itu sebenarnya adalah anda sendiri.