Thursday, October 15, 2009

KALAH B. PINANG: ADA P/JAYA BAKAL HILANG JAWATAN?

Assalamualaikum,

Semasa kami bermati matian mencari kemenangan bagi PAS di zaman PAS belum mencapai kemenangan, menghadapi kekalahan dalam pilihanraya itu adalah sesuatu yang lumrah dan bersahaja. Saya masih ingat satu senario di mana kami berkumpul di sekeliling api yang dihidupkan untuk membakar poster PAS yang pada ketika itu telah menjadi sampah, kerana pilihanraya baru sehaja selesai, dan seperti biasa PAS menerima kekalahan. Kami berbual mesra dan bersenda kerana kekalahan tidak menjejaskan apa apa semangat dan kobaran yang ada. Malah ia semakin menjadikan semangat juang kami lebih membara.

Berbeza dengan senario di mana PAS telah mengecapi lebih banyak kemenangan dan telah berjaya mendapat mandat mentadbir lebih daripada satu negeri, saya nampak jelas perasaan lazat terpancar di wajah aktivitis PAS yang dulunya seorang jongos, tetapi sekarang seorang ahli majlis PBT. Kalau dulu selepas pilihanraya, wajah kami bersahaja kerana tenang menghadapi kekalahan, tetapi sekarang saya nampak cahaya lazat memegang jawatan terpancar di wajah orang PAS yang terpilih memegang jawatan kerana parti sudah menang.

Sebab itu sebaik sahaja kalah dalam prk Bagan Pinang, bermacam macam sms yang bertebaran menyalahkan itu dan menyalahkan ini. Ini silapnya, itu silapnya, ini tidak betul, itu tidak betul.Sebabnya ialah mereka tidak terbiasa dengan berhadapan dengan kekalahan.

Begitu juga, apabila telah lazat dengan kemenangan dan ghanimah yang datang bersamanya, maka banyak perkiraan yang dilakukan menjadi pincang. Ada pesuruhjaya yang bertindak bukan memantapkan PAS tetapi meloyakan persepsi pengundi kepada PAS.

Well, kalau kau nak terus menang, buang orang seperti ini. Kalau kau nak orang seperti ini, jangan mengeluh bila kalah.