Saturday, May 16, 2009

UMNO/BN AKAN PERSENDA UNDANG UNDANG LAGI?

Assalamualaikum,

Seperti yang dijangkakan rayuan Nizar untuk membatalkan arahan mahkamah mengenai stay of execution terhadap pengisytiharan Nizar sebagai MB sah negeri Perak telah diperlambatkan prosesnya. Ia dijangka didengar oleh mahkamah pada 18 mei ini, tetapi ditunda kepada 21 mei.

Mengapa semasa Zambry membuat rayuan mahkamah, ia diproses begitu cepat dan keputusan dikeluarkan oleh satu hakim sahaja begitu cepat juga. Adakah ini kerana sistem jentera negara bertindak begitu licin dan efisyen, atau ada sesuatu yang diusahakan untuk mendera rakyat.

Adakah UMNO/BN sedang merancang untuk mendera rakyat sehebat dan semau maunya? Adakah mereka akan mengadakan sidang DUN tergempar dengan diusahakan oleh MB haram?

Mahkamah telah isytihar Nizar MB sah, jadi dengan sendirinya Zambry bukan MB. Bagaimana boleh orang yang bukan MB memanggil sidang DUN tergempar?

Bukankah itu tandanya UMNO/BN memang suka mendera rakyat? Bukankah itu tandanya mereka berasa lazat mendera rakyat? Bukankah rakyat yang mahu supaya DUN Perak dibubarkan? Tetapi Najib, Mahathir, Zahid Hamidi, Sabarudin Chik, Aishah Ghani kata jangan bubar.

Ini adalah tanda UMNO/BN sadis yang merasa lazat mendera rakyat.