Sunday, February 21, 2010

PEKERJAAN HAJI.....34

Assalamualaikum,

Merpati

Apabila anda berada di persekitaran Masjidil Haram, pasti anda akan bertemu dengan kumpulan burung merpati. Anda perlu tahu, segala haiwan di Tanah Haram tidak boleh diganggu, apatah lagi di cedera atau dibunuh. Bukan sahaja haiwan, tumbuhan juga tidak boleh dipatah atau ditebang. Hatta batu atau pasir yang berada di tanah haram, tidak boleh dibawa ke tanah halal.

Memang menjadi amalan saya memberi burung makan setiap pagi, dan amalan ini saya sering teruskan di Tanah Suci. Begitu juga dengan ramai jemaah haji yang lain, mereka pun suka memberi burung makan. Dan memang ada orang yang menjual gandum sebagai makanan burung. 1 riyal je.
Tetapi mungkin juga anda akan bertemu bukan sahaja burung merpati yang minat dengan gandum yang dicampakkan, tetapi manusia juga berminat. Mengapa? Saya bertanya kepada seorang jemaah Indonesia mengapa beliau memungut gandum yang bersepah itu, katanya: orang kata gandum ini boleh digunakan untuk mengubati orang yang tidak dapat zuriat.

Memang orang ada memberi tahu saya, kalau nak mengubati orang sukar dapat zuriat, ambil gandum yang dicampak sebagai makanan merpati, kemudian gandum dimasak dan dimakan oleh yang memerlukannya.



Kepunyaan Allah di Tanah Haram tidak boleh diambil dan dibawa pulang ke tanah halal, hatta batu atau pasir sekali pun.

Begitu juga bijiran gandum ni.