Tuesday, March 16, 2010

PEKERJAAN HAJI.....42

Assalamualaikum,

Ifrad ke Tomattu'

Dengan izin Allah saya dan isteri telah berpeluang mengerjakan ke dua dua jenis haji. Kami buat haji ifrad semasa kami masih muda lagi, dan keupayaan untuk menanggung segala dugaan dalam menjalani haji ifrad dapat kami hadapi dengan izin Allah.
Apabila umur semakin meningkat, kami rasa mengerjakan haji tomattu' itu pun cukup untuk kami, lalu kami lakukan haji tersebut. Dan semasa mengerjakan haji baru baru ini, isteri saya tidak ada hesitation untuk memilih membuat haji tomattu'.
Dibandingkan dengan haji ifrad, saya rasa amat membantu apabila kami memilih melakukan haji tomattu', kerana kami dapat rasakan kelonggaran yang memang kami perlukan semasa berada di tanah suci pada peringkat umur yang telah masuk warga emas.
Jika anda hendak menunaikan fardhu haji, anda fikirkanlah sendiri jenis haji apa yang anda ingin lakukan, kerana kedua duanya ada kelebihan masing masing. Nilai kemampuan anda dari semua sudut, terutama sudut kesihatan, dan tahap kesiapsiagaan anda.
Ifrad bisa. Tomattu' pun bisa.
yang enggak ada tomato.