Sunday, May 9, 2010

PEKERJAAN HAJI.....50

Assalamualaikum,

Mengetir

Siri pekerjaan haji ini adalah siri akhir catatan saya dalam bab haji ini.


Orang kampung saya mengistilahkan minum teh di kedai kopi sebagai mengetir. Ia selalunya dilakukan bukan sahaja untuk minum teh, tetapi berbual bual kosong, bersembang dan berborak. Kerap mengambil masa berjam jam.

Sesetengah orang menjadikan mengetir ini satu kemestian dalam hidup mereka, sehingga apabila sampai waktu mengetirnya ia akan dengan penuh taat dan kesungguhan ke kedai kopi untuk menghidupkan rutin ini.


Kadang kadang inilah yang tidak boleh dilupakan oleh jemaah semasa mengerjakan haji. Duduk berbual bual sambil minum minum teh atau kopi. Apa yang diasyikkan di negara asal, itu jugalah yang dilakukan semasa mengerjakan haji.

Lainlah Pak haji bawah ni dan isterinya. Mereka berdua minum teh, bukan mengetir!