Monday, May 10, 2010

PRK SIBU & LK SIANG

Assalamualaikum,

Semasa pilihanraya kecil Hulu Selangor, pelbagai badan kajiselidik membuat ramalan. Ada diantara badan tersebut yang meramalkan PR menang. Habuk pun tarak. Cuma setiap survey yang mereka lakukan, dikatakan pihak ini berada sekian peratus di hadapan. Satu sahaja yang mereka tidak kemukakan dalam setiap hebahan mereka. Standard error.

Selagi mereka tidak kemukakan standard error, jangan percayalah ramalan mereka. Mungkin mereka sendiri akan bertanya hapa ke menda standard error tu?

Dalam prk tersebut , Lim Kit Siang menyatakan BN berada dihadapan. Ada seekor katak pula meramalkan BN menang 3k undi. Lepas itu dia turunkan kepada 1.5k.

Membandingkan sikatak dengan LK Siang dan kemudian membaca laporan interview terhadap Zaid Ibrahim, keputusan prk Hulu Selangor saya telah ada dalam bacaan saya sekitar jam 10 pagi.


Tetapi bagi prk Sibu, saya menjangka PR boleh menang, dan ia berbeza dengan pendapat LK Siang. Beliau menganggar PR berada sekitar 40%.

Oleh kerana LK Siang seorang ahli politik seasoned, pandangan beliau perlu diberi perhatian.