Terlalu banyak pelajaran yang rakyat Malaysia perlu ambil daripada peristiwa pembunuhan Sosilawati. Selama ini saya sendiri pun tidak pernah dengar nama Sosilawati ini, juga tidak tahu menahu hal bisnis beliau. Sebabnya senang aje, aku tak pakai gincu.
Perkara pertama yang perlu kita belajar daripada peristiwa ini ialah masyarakat Malaysia sedang membarah dengan pelbagai masalah sosial. Masyarakat Melayu dengan zina dan buang anak serta dadah serta ragut dan merempit. Masyarakat Cina dengan judi, judi, judi dan seks, seks, seks. Masyarakat India dengan gangster ganas.
Jelas apa yang perlu diambil pelajaran ialah pembangunan dan kemajuan yang berjaya dicapai oleh mana mana komuniti mestilah juga dikecapi oleh komuniti yang lain. Jangan biarkan satu komuniti berjaya dengan kemajuan sementara komuniti yang lain tertinggal. Di sinilah perlunya pimpinan politik yang ikhlas dan menjurus kepada berkhidmat untuk rakyat.
Kita tidak boleh biarkan komuniti kita sahaja yang maju, dan tidak mengambil pusing dengan kepincangan yang berlaku dalam komuniti lain, sedangkan ahli komuniti lain itu hidup satu taman dengan kita, atau ia adalah jiran kita.
Sekiranya kita biarkan sebarang komuniti atau ahli masyarakat tertinggal dalam arus pembangunan dan kemajuan, maka kesannya akan kita rasakan sama sama. Sekiranya anda berpendapatan tinggi, sedangkan ada ahli komuniti anda yang papa kedana, maka keadaan ini akan turut memberi kesan kepada anda. Mungkin ada perkara yang dilakukan oleh mereka yang tertinggal dari sedi kemajuan dan pembangunan ini akan melibatkan anda. Seperti misalnya kalau mereka terlibat dengan jenayah ragut, anda mungkin menjadi mangsanya.
Saya lihat dalam kes pembunuhan Sos ini, pemimpin politik komuniti berkenaan telah lama gagal untuk membawa kemajuan kepada kahum mereka. Pemimpin menjadi kaya raya, kroni pemimpin jadi kaya raya, tetapi ada rakyat dalam komuniti mereka yang merempat dan tidak diberikan pembelaan. Akhirnya ia menular kepada pelbagai masalah sosial lain yang membarah dan merosakkan masyarakat.
Pembunuhan ini lebih mendedahkan masalah sosial yang dihadapi oleh Malaysia. Ia menjadi masalah Malaysia. Perlu diselesaikan oleh pemimpin politik Malaysia.
Kalau mereka berhati perut.