Modus operandi yang digunakan oleh mereka yang memerlukannya mudah sangat dibaca. Perkasa ditubuhkan sebagai satu satellite kepada mereka, seperti mereka menubuhkan pelbagai ngo lain yang berkokok untuk menyiarkan suara mereka, yang mereka sendiri takut atau merasa rugi kalau diwarwarkan.
Tetapi Perkasa sekarang lebih menjadi satu biawak kepada mereka dan bukan emas seperti yang diharapkan. Dengan mempunyai seorang ketua yang bersifat sangat erratik dan membina imej racist sangat ekstrim, maka pertubuhan ini bukan sebenarnya membantu tokehnya, tetapi membantut.
Kenyataan bodoh seperti meminta Nik Aziz tunjukkan bukti orang non-muslim di zaman rasulullah dibenar masuk masjid, dengan sendirinya menjerluskan orang ini serta pertubuhan yang dibawanya ke gaung penolakan rakyat secara total terhadap mereka.
Sekarang dengan bertekak siri baru dengan Nurul Izzah, ketua Perkasa kelihatan di mata pengundi sebagai nyanyuk tak ketahuan arah. Nyanyuk kerana tidak memahami asas isu yang dilontarkan.
Terpaksa si emiritus dan pemegang kursi membantu si mamat sorang ini untuk berdepan dengan Nurul Izzah, kerana dirinya sendiri telah gagal dalam fungsi kenapa ia ditubuhkan.
Kamu adalah satu satellite yang gagal.
Satellite yang gagal biasanya dihempaskan ke bumi