Sunday, September 5, 2010

TIADA TENGKOLOK UNTUK UMNO

Assalamualaikum,

Sesiapa yang telah hidup semasa pilihanraya 1990 tentu ingat UMNO diselamatkan oleh sebuah tengkolok. Tetapi sekiranya pilihanraya umum diadakan pada hari ini, tiada lagi tengkolok yang akan menyelamatkan mereka.

Pulau Pinang akan kekal dalam genggaman DAP, juga besar kemungkinan dengan rekod pentadbiran yang cemerlang Lim Guan Eng, penawanan DAP terhadap Pulau tersebut akan melebar. PAS dan UMNO akan betarung di sana dengan kemajuan minima yang berjaya dicapai oleh PAS.

Kedah dan Kelantan akan kekal dalam genggaman PAS, dengan kemungkinan jumlah kerusi yang ditawan PAS akan bertokok.

Perak akan ditawan sepenuhnya oleh DAP, dan kita akan menyaksikan Perak mempunyai menteri besar daripada DAP yang terdiri daripada orang Melayu. DAP tahu, mereka telah beri peluang kepada PAS sekali untuk menjadi menteri besar, kali ini aku pula nak jadi menteri besar, kata mereka.

Selangor akan kekal dalam gengaman PR. Selagi Khir Toyo mengepalai UMNO Selangor, selama itulah UMNO akan meleleh air liurnya, sebab sial penyapu masih terpahat didahi mamat itu. Saya rasa kalau UMNO Selangor serius untuk menawan kembali negeri tersebut, langkah pertama yang perlu mereka ambil ialah mengenepikan mamat ini.

Johor dan Negeri Sembilan akan goyah. Tengok keadaan, kalau suasana berubah, perubahan besar kepada cita rasa pengundi akan menyaksikan NS bertukar pemerintah.

PAS masih belum boleh menang di Melaka. Kalau nak menang samada PAS tukar PJ atau pandu PJ supaya lebih proaktif dan dinamik. Oleh itu UMNO masih berkokok di Melaka. Pahang, Terengganu, setakat ni berubah sikit aje berbanding pru lepas. Perlis macam mana?

Boleh ke PR ke Putrajaya? Kau tengok apa yang berlaku di Sabah dan Sarawak. Ia akan memberi kau petunjuk.