Wednesday, September 29, 2010

SUSAHNYA NAK DAPAT LESEN TADIKA, TASKA

Assalamualaikum,

Lagi kita dikejutkan dengan musibah yang menimpa kanak kanak dalam jagaan TASKA. Dan dengan mudah pula dituding dengan mengatakan TASKA tu tak ada permit. TASKA ini tak ada permit.
Juga dikatakan yang pengasuh di taska ini tiada latihan. Pengasuh di taska itu tidak terlatih.
Kau orang tahu tak macam mana susahnya pengusaha TASKA dan TADIKA didera oleh pelbagai pihak berkuasa sekiranya pengusaha memohon lesen TASKA atau TADIKA?
Kalau nak mohon lesen, kena jumpa pihak berkuasa tempatan. Kena jumpa Jabatan kerajaan yang berkenaan. kena jumpa bomba. Kena jumpa dan dapat kelulusan pihak itu. kena jumpa dan dapat kelulusan pihak ini.
Aku dah 20 tahun menguruskan hal ini, naik muak dengan kerenah pelbagai pihak ini.
Kalau nak minta lesen taska misalnya, mula mula kena ambil borang di Jabatan kebajikan Masyarakat. Kau ingat senang ke nak jumpa pegawai (konon pegawai, tapi kerani cabok je). Bila pergi dia cuti. Pergi lagi dia kursus. Bila telefon tak ada yang jawab. Bila ulang dan ulang, baru dapat borang.
Lepas tu isi borang. Pergi jumpa bomba pula. Pernah permohonan aku setahun borang dah masuk, bomba tak buat apa apa pun. Bila bomba datang tengok, dia suruh buat emergency escape route. Lepas tu dia datang tengok lagi. Mau makan 2 tahun lagi.
Panggil tukang. Buat apa yang dia orang suruh. Bila siap, bomba kata ini tak kena. Itu tak kena. Bila buat muka tempeh, barulah dia keluarkan surat kelulusan bomba.
Bawa surat tu ke PBT. tunggulah lagi 5, 6 bulan. Baru keluar surat jawapan. Kemudian PBT suruh buat pelan itu dan pelan ini. Peta itu dan peta ini. Buat kertas kerja. Buat bajet dan macam macam lagi.
Lepas tu baru PBT beri kelulusan. kemudian berurus lagi dengan Jabatan kerajaan yang berkenaan. Bila PBT bagi lulus, kalau nasib kurang baik, lulus bulan Oktober, lesen mati bulan Disember.
Bila nak hidupkan lesen, itu satu deraan lagi. Tak boleh ke guna MyEg bila nak renew lesen?
kau tau, kalau nak hidupkan atau renew lesen TASKA , serupa dengan lesen memandu kereta kita mati, lepas tu kena masuk driving school semula dan ambil test lagi. Kalau nasib baik dapatlah lesen kau diluluskan. Begitulah kena dera bila nak hidupkan lesen TASKA. Untuk hidupkan lesen, kena sediakan semula perkara yang dibuat semasa mohon kali pertama. Silap sikit, reject.
Dulu adalah pengusaha TASKA dan TADIKA buat pertemuan dengan Shahrizat, hasil pertemuan tersebut, menteri itu pada ketika itu berjanji untuk mempermudahkan proses mendapat lesen TASKA dan TADIKA. Tapi habok pun tarak.
Sebab itu, kalau anda lihat TASKA atau TADIKA, saya jangka daripada 10, rasanya 9 beroperasi tanpa lesen. Sebab, kalau nak tunggu dapat lesen, budak budak yang nak ke TASKA atau TADIKA tu nanti dah masuk universiti, lesen masih belum dikeluarkan lagi.
Bila berlaku insiden yang menyayukan, salahkan TASKA.
Pihak berkuasa berlepas tangan.