Wednesday, October 6, 2010

GRUP BENGAP SUSUT NILAIKAN UMNO

Assalamualaikum,

Tidak lari daripada analisis saya kalau survey menyatakan bahawa populariti Najib mendaki tinggi. Juga perkara baik yang dicadangkan oleh pentadbiran sekarang sememangnya baik, walaupun lawan politik akan mensenyapkannya.
Saya rasa apa yang dinayatakan dalam Government Transformation Plan adalah suatu usaha yang bagus dan sejajar dengan strategi yang akan diambil oleh mana mana negara yang dirancang rapi yang ingin melonjak ke tahap yang lebih tinggi lagi.
Begitu juga saya perhatikan memperkenalkan KPI kepada ahli kabinet adalah satu usaha yang bagus, kerana kebanyakan organisasi besar dan bagus di dunia mengamalkan perkara ini. Saya amat kagum apabila saya baca laporan tahunan Murphy Oil Corp (ingat cerita Malaysia menggadai kawasan laut Limbang?) yang mana dilaporkan KPI semua lembaga pengarah mereka dan dengan itu orang boleh menilai samada mereka buat kerja atau tidak.
Konsep 1 Malaysia sebenarnya adalah satu konsep yang baik, tetapi kerana ramai kumpulan yang bengap dan memang sengaja menjadikan mereka bengap, maka konsep ini hanya menjadi dendangan di bibir sahaja, tanpa dimengerti maksud sebenar dan dihayati tuntutan sebenar.
Bayangkan kalau TPM tidak faham konsep 1Malaysia, dan bayangkan kalau menteri menulis dalam akhbar dan menelanjangkan dirinya sebagai amat bebal dengan konsep ini, maka apa yang akan berlaku ialah rakyat akan memandang mereka dengan nilai yang telah tersangat susut.
Itu yang terjadi dengan Najib. Mereka yang bergayut dengan kelambu UMNO lah yang menyebabkan UMNO amat susut nilai sekarang. Pendekatan menyerang DAP dengan cara yang menunjukkan kebengapan yang superlatif, sehingga mereka sendiri dicabar memulangkan gaji mereka kalau apa yang DAP lakukan di Penang salah. Pendekatan pendekatan yang sangat rasis adalah merugikan UMNO sendiri. Menyusutkan nilai UMNO.
Jangan terikut dengan kebengapan superlatif PERKASA yang cuba kononnya menyokong salah satu calon PKR yang bertanding jawatan. Tindakan grup ini bukan menunjukkan keintelektualan, tetapi kebengapan superlatif.
Mengapa Najib dan UMNO tidak terus memacu dengan program bagus seperti GTP itu tanpa menghiraukan kritikan orang lain?
Adakah kerana ada satu mak cik bergayut di kelambu UMNO?