Wednesday, October 6, 2010

SIRI MULTIPLE ERROR.....6

Assalamualaikum,
Hal siri mulitple error mengenai TKI ini belum selesai lagi.
Apabila semua usaha yang aku cuba tidak mendatangkan hasil, maka telah sampai masanya aku buat keputusan, iaitu secara tanpa dirancang dan secara multiple error permit pembantu rumah ini terpaksa dibatalkan dan dia dihantar pulang.
Maka beli tiket untuk hantar dia balik ke Jakarta . Kemudian dengan menggunakan tiket tersebut aku pergi ke Imigresen di Putrajaya, matikan permit dia dan buat check-out memo untuk dia. Tu pada 27 Mei 2010.
Pada 1 Jun 2010, terima call daripada Klinik Chen mengatakan Fomema membenarkan rayuan kes si Ros ini dan suruh buat satu lagi medikal.
Kenapalah kau tidak respon awal awal lagi. Sekarang aku dah matikan permit TKI tu. Esoknya, semasa aku di UPSI, isteri pula sms, tak pergi ke ke Klinik Seremban tu hal si ROS tu?
Maka dudup dadap aku memecut dari Tanjong Malim ke Seremban sebab bini dah bising. Penatnya badan tidak terkira. Oleh kerana aku perlu uruskan beberapa hal di UPSI, maka masa bergerak ke Seremban tu telah agak lewat. Sampai di Seremban sekitar jam 5:00 petang.
Klinik Chen Man Hin dah tutup.
Satu error lagi.
Pada 5 Jun 2010, si ROS berlepas ke Jakarta.
Selang beberapa hari Fomema telefon aku. Yang cakap tu namanya Aminah.
Dia kata panel Fomema membenarkan encik buat rayuan.
Aku cakap, hari tu kau kata hal drug dan pregnancy tak boleh buat rayuan. Sekarang kau kata boleh buat rayuan pula. Aku dah rugi beribu ribu ringgit . Kalau hari tu kau cakap terpulang samada nak buat rayuan atau tidak, kan ke lain strategi yang akan aku ambil!
Pembantu pun aku dah hantau balik. Poorah.