Tuesday, October 19, 2010

MODEL EKONOMI M

Assalamualaikum,

Asas hujahnya adalah sangat mudah. Negara ini orang Melayu punya. Orang Melayu adalah tuan kepada tanah dan negara ini. UMNO adalah satu kenderaan politik bagi orang Melayu. Melayu mesti UMNO. UMNO adalah Melayu. Melayu itu UMNO, UMNO itu Melayu.
Harta yang dipunyai oleh negara pada penilaian model ini adalah harta orang Melayu. Sepatutnya apa juga dana yang berjaya dijana oleh mekanisme penghasilan kekayaan dan mahsul semestinya masuk ke poket Melayu. Oleh kerana Melayu itu UMNO, maka kekayaan tersebut hendaklah masuk ke poket UMNO.
Mekanisme untuk menyalurkan ghanimah ini ialah dengan menyediakan kroni atau nominee yang berlakun seolah segala syarikat besar yang dikaitkan dengan negara adalah milik individu ini. Sebenarnya individu ini adalah kartun kartun yang dilantik menjadi qarun untuk memastikan ghanimah masuk ke kantung tokeh sebenar. Model ekonomi ini saya namakan Model Ekonomi M (MMM). Model ini mencapai puncaknya semasa pemerintahan Tun Mahathir.
Kartun kartun yang dilantik sebagai kroni ini memang bertindak selayaknya sebagai kartun. Tetapi kartun yang kaya. Mereka berjaya mengkayakan diri sendiri, tetapi pada masa yang sama juga berjaya melingkupkan dan menjahanamkan harta negara.
Sekarang pasak pasak model ini sedang tumbang satu persatu. Pertelingkahan dan pendedahan di mahkamah menyingkap cerita sebenar selembar demi selembar. Kalau sekiranya kita dengar cerita cerita korporat yang melibatkan kenderaan permodalan negara melakukan pembelian syarikat itu dan syarikat ini, hendaklah difahami bahawa langkah langkah tersebut adalah koreksi yang bertujuan menyelamatkan keadaan daripada jatuh ke dalam gaung yang tidak penghujung.
Bila beri JKK naik elaun, cerita bonus tarak akan dipadam oleh jongos yang menggelepar dapat elaun baru.
Harta negara hangus sumbat bawah karpet.