Tuesday, October 19, 2010

UKOQ


Assalamualaikum,


Paling akhir aku mengukoq baju di sebuah institusi ialah semasa di tingkatan enam rendah di MCKK. Entah di mana silapnya ada ke depa lantik aku sebagai salah seorang prefect. Jiwa anti establishment telah sedia ada, kalau jadi prefect kena bodek pula. Macam mana pun aku setuju untuk dibuatkan blazer warna maroon. Tukang jahitnya datang dari penang.

Tapi jiwa aku memang tidak senang apabila jadi prefect. Di awal tingkatan enam atas, aku resign daripada prefect. Guru yang incharge hal prefect namanya Mr. Norton. Orang Malaysia keturunan India kut. Kategori Brahmin agaknya. Masa aku jadi prefect Mr. Norton ni bukan main mesra dengan aku. Terutama bila aku mengiri dia buat inspection hari sabtu atau selepas lights out waktu malam.

Bila aku dah resign daripada prefect, ada sekali berselisih dengan Mr. Norton. Hello Mr. Norton, sapa ku. Dia palingkan muka tak mahu pandang muka aku. Kurang hajau punya cikgu. Tak hormat anak murid ke?

Tetiba semalam institusi di mana aku kerja sekarang buat juga ukoq baju.

Ia mengingatkan aku kepada Mr. Norton.