Bila aku lihat gambar kampung Tehel, Melaka yang dinaiki air banjir semalam, maka ia adalah sesuatu yang dijangka berlaku . Sekitar waktu seperti ini angin timur laut yang mengaut lembapan di sepanjang Laut China dan Laut China Selatan meluahkan kautannya di kawasan yang dilalui.
Cuma kali ini trajektori laluan angin tersebut mungkin telah ke bawah sedikit dan kekuatannya juga agak berlebihan sehingga kawasan pantai timur johor ditimpa banjir besar. Samada banjir ini akan sama besar dengan apa yang telah berlaku pada Dis. 2006 dan Januari 2007 sama sama akan kita lihat nanti.
Sekiranya tumbuhan di negeri negeri Johor, Negeri Sembilan dan Melaka kekal pada keadaan 30 tahun yang lepas, tempat tempat seperti Segamat, Gemas dan Asahan mungkin tidak dinaiki air setinggi sekarang. Tetapi disebabkan pembangunan berlaku dan ia menanggalkan tumbuhan dari tempat asal mereka, maka sebarang penyimpangan daripada tabiat meteorologi yang biasa dijangka di laluan ini akan membawa kesan yang sukar dijangka.
Apa yang penduduk perlu tahu ialah sistem saliran yang sedia ada telah ketinggalan zaman dan perlu di tambahbaik untuk mampu menampung keadaan hujan seperti yang dialami sekarang.