Kau tahu apa itu jadual waktu? Aku percaya hampir semua orang tahu apa itu jadual waktu. Biasanya kalau anak anak sekolah ada jadual waktu pembelajaran kelas masing masing. Para guru pula ada jadual waktu sendiri. Proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung mengikut ikatan yang telah ditentukan oleh jadual waktu ini. Semua pihak kena dan mesti patuh dengan jadual waktu ini, dan hanya dengan kepatuhan inilah maka perjalanan keseluruhan sekolah tersebut lancar.
Kadang kadang kita kita buat jadual waktu peribadi, seperti apa yang hendak kita lakukan pada hari tertentu. Sekiranya kau buat jadual waktu kau sendiri, pernah ke kau merasa ah, apa perlu aku patuh kepada jadual tersebut, kan ke aku sendiri yang buat jadual itu! katakan hari sabtu jam 7:00 pagi jadual anda ialah pergi berjogging. Maka pada pagi yang berkenaan, apabila sampai waktunya, cuaca cukup baik, urusan lain semua telah beres, cuma anda merasda ada sedikit malas. Lalu kau kata kepada diri sendiri.. ah, malas lah jogging, next week je lah.
Di sini, apa yang berlaku ialah, kau sendiri yang buat jadual, kau sendiri yang tidak patuh kepada jadual tersebut. Kau sendiri yang buat peraturan, kau sendiri yang tidak patuh kepada peraturan yang kau sendiri buat.
Sekarang cuba kita besarkan skala cerita ini. Gantikan kau tadi dengan organisasi engkau. Katakan oragnisasi ini ialah kumpulan kompang. Dijadualkan kumpulan kompang ini akan adakan mesyuarat, tetapi semua orang tidak datang.
Besarkan skala lagi. Kali ini peringkat daerah. Besarkan skala lagi. Peringkat kerajaan tempatan atau majlis daerah. Peringkat negeri. Besarkan skala lagi, peringkat negara. Di peringkat kerajaan tempatan, peringkat negeri, peringkat negara, peraturan dan jadual ini dinamakan undang undang. Ada undang undang bertaraf by-laws, ada bertaraf enactment dan ada bertaraf akta, kanun dan sebagainya.
Maka yang membuat, merumus dan meluluskan peraturan dan undang undang ini, merekalah pertama tama yang mesti mematuhi apa yang mereka luluskan dan perkanunkan. Tetapi yang kita tahu, merekalah pertama tama yang engkar dan mempermainkan peraturan, undang undang dan ketetapan ini.
Baru baru ini diterbitkan sebuah buku bertajuk LEST WE FORGET, kalau aku terjemah tajuk ini ia bermaksud dikuatiri kita lupa.
Aku sendiri belum berpeluang membilik buku ini, tetapi inti buku ini ialah bagaimana berlaku pemberian kad pengenalan kepada mereka yang tidak layak di Sabah semasa negeri tersebut diperintah oleh PBS dengan tujuan mereka yang diberi kp tersebut segera didaftar sebagai pengundi dan dalam pilihanraya, undi mereka menjatuhkan PBS.
Kerja ini adalah bertentangan dengan undang undang, dan mengikut buku tersebut kerja keji ini di ok oleh pimpinan tertinggi negara.
Sendiri buat peraturan. Sendiri engkar!