Wednesday, May 18, 2011

MUAZZIN SUMBAT TELINGA

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

 Bab: Yang telah datang ia pada menyatakan memasukkan jari akan telinga pada waktu bang (azan). 

Ketahuilah ya saudaraku apakala bang (azan) tukang bang (muazzin) telah disuruh syara' memasuk ia akan jarinya ke dalam telinganya didalam masa bang (azan) itu kerana berlaku 'adat orang yang menyumbat telinganya dengan jarinya waktu mengangkat suara jadi bertambah tinggi suaranya.

Dengan kerana itu sunat memasukkan jari ke telinga waktu bang (azan).

Dan bermula dalil suruh demikian itu ialah hadith yang dikeluarkan oleh Tarmizi demikian bunyinya:

Diriwayatkan dari Abi Jahifah katanya telah aku lihat akan Bilal (nama tukang bang atau muazzin bagi Rasulullah) bang ia dan mengedar ngedarkan akan kepalanya dan menurut nurut akan mulutnya ke sana dan ke mari dan dua jarinya dalam telinganya. Dan Rasulullah s.a.w. duduk dalam satu gubahnya (iaitu tempat teduh kecil) tutup merah gamaknya katanya daripada kulit.....

Hadith ini ada bersambung lagi, tetapi sesiapa yang ingin selanjutnya sila buat rujukan sendiri.

Yang hendak diketengahkan di sini ialah apabila muazzin memasukkan jari ke dalam telinganya semasa azan, itu bukanlah sesuatu yang dia pandai pandai buat, atau tiru tiru sahaja, tetapi ada asas nas nya.

Sumber: 

Al-Marbawi (1933) .Bahrul Mazi, Syarah Bagi Mukhtasir Shahih Al Tarmizi. Juzu' 2, perkara 146, hadith nombor 40, Mesir.  m.s. 69-70