Saturday, June 18, 2011

KAU ADA IDEA?

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Dengan kebesaran Allah ada orang yang dianugerah dengan pelbagai kelebihan dan extras. Ada yang menggunakannya dengan baik, ada yang tidak. Idea adalah satu cetusan fikiran mengenai sesuatu, dan kerap berkisar di bidang yang diceburi oleh seseorang.

Yang jadi masalah ialah apabila idea itu mendahului masa, kalau sedikit terkehadapan, sukar difahami, kalau banyak terkehadapan orang gelakkan kau, kalau terlalu kehadapan, orang kata kau gila. Tetapi itu adalah sesuatu yang perlu dihadapi.

Kau pernah sayang sesebuah negeri? Aku menyayangi negeri Kelantan lebih daripada menyayangi negeri kelahiran ku sendiri, tetapi semasa membawa rombongan pelajar universiti untuk di taklimat oleh sebuah PBT di Kelantan, idea yang cuba kami kemukakan kepada pihak yang berkenaan diperlekehkan sahaja.

Kemudian mereka terkial untuk menangkis sergahan seorang ADUN UMNO yang menyendakan tikus di Pasar Khadijah sebesar kucing. Bila Mat Sabu menang Timbalan Presiden, antara komen terawal beliau ialah govenan di Kelantan dan Kedah tidak dapat berada pada tahap pencapaian Pulau Pinang. Mat Sabu cakap orang buka mata, tetapi semasa kami berikan idea beberapa tahun yang lalu, dicengelangkan mata.

Semasa PAS perintah Terengganu, lagi katup daripada menerima saranan. Semua idea yang dilontarkan adalah sampah dan hampas belaka. Sebab itu YB Dr. Shafie Abu Bakar, yang berasal dari Terengganu, mengegarkan BN di Kajang, Selangor tahun 1999, dan berkhidmat cemerlang untuk rakyat di DUNnya dan mengharunkan nama Terengganu, namun kerajaan PAS Terengganu pandang hampeh, satu pengiktirafan pun tidak dikalungkan oleh kerajaan PAS Terengganu kepada beliau.

Sekarang kalau ada idea yang dilontarkan, akan menjerit orang menyanggahnya. Menukarkan beberapa PJ adalah selaras dengan hasrat akar umbi sejak sekian lama, cuma orang PAS negeri lambat baca. Ada sebuah negeri yang dapat PJ baru bercekak sejak dulu lagi. Selagi ada individu tertentu di situ, percekakan itu akan terus dan terus.

Tahniah kerana PAS Melaka dapat PJ baru. Tapi aku baca kau akan berada di takuk lama, sebab

Tandus idea