Tuesday, June 14, 2011

RAKAN MASJID BAITURRAHMAN

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Semakin banyak yang mengikut trend membina masjid terapung. Aku rasa bermula dengan masjid Rahmah di Jeddah, kemudian merebak ke Malaysia di Terengganu, Melaka dan sekarang di Pulau Pinang.






Masjid Terapung Tanjong Bunga, Pulau Pinang

Mulanya masjid ini tidak diilhamkan, tetapi apabila tsunami melanda pantai Batu Feringhi, Pulau Pinang tahun 2004, semua petempatan yang dilanda ranap, melainkan masjid Tanjong Bunga


Masjid lama Tanjong Bunga
 
Bukan masjid Baiturrahman di Acheh sahaja yanhg tidak terjejas semasa tsunami 2004 melanda, tetapi masjid di sini juga sama. Semua rumah ranap, masjid ini sahaja yang kekal kukuh.
Mehrab masjid terapung Tanjong Bungah

Masjid Terapung Tanjong Bunga di bina bagi menggantikan masjid lama yang sekarang digunakan untuk kegunaan mengajar anak anak mengaji Al Qur'an. Finishing dalam masjid baru ini adalah cantik.
Seperti yang tertera di atas ini, dan



seperti yang ini.

Ada peluang sila lah ke Tanjong Bunga, Pulau Pinang, Malaysia