Saturday, June 25, 2011

RAKYAT MSIA SEMUA BANGANG?

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Bila kami ditahan polis? Hengus seorang Dato' Stooge apabila ditanya sebaik selesai sesi beri penerangan beliau kepada pihak polis berkaitan tayangan filem multiple X. Kemudian rakyat Malaysia dimaklumkan bahawa tokeh tokeh multiple X ini hanya diberi jaminan polis.

Tiga bulan lepas tu toptop mereka diarah masuk mahkamah. Mereka dengan senyum lebar yang extra manis masuk perbicaraan. Dibaca pertuduhan, mereka plead: bersalah. Lalu dijatuhi hukuman murah. Mereka cungkil tahi gigi maka terpelanting RM puluh kali ganda harga denda. Lepas beres, keluar mahkamah dengan senyum extra extra manis.


Dalam kebangangan rakyat Malaysia, mereka tetap tahu, bila tertuduh plead guilty, maka evidence tidak diperlukan lagi. Tetapi kerana hotak perancang mengatakan rakyat Malaysia 99.99% bangang, maka multiple X ditayang, kerana ia 99.99% tulen . Ini dilakukan kerana rakyat Malaysia bangang.

Perancang juga tahu, oleh kerana rakyat Malaysia bangang, maka tiga bulan diperlukan untuk mendakwa stooges ke mahkamah, kerana pada masa itu laporan keaslian multiple X 99.99% itu telah siap 99.99%. Kalau rakyat biasa, hari ini buat salah, hari ini tangkap, esok dibuat pertuduhan di mahkamah.


Sampai hari ini siapa yang buat multiple X tu tidak diketahui, dan masih bebas. Siapa yang menyebar luaskan multiple X juga tidak diketahui. Sebabnya ialah para perancang anggap rakyat Malaysia bangang.


Multiple X adalah untuk memaksa rakyat menjadi bangang, dengan menerima solekan camouflage sebagai sesuatu yang benar. Stooges mengatakan sebaik keluar mahkamah: mission accomplished. Sebab mereka beranggapan semua rakyat Malaysia bangang.


Tetapi hanya sebahagian yang sangat kecil dan sangat segelintir dan sangat sekelumit rakyat Malaysia yang bangang. Mereka termasuk perancang, paraphenalia negara yang menjadi tripod serta gerombolan mereka. Oh, lupa pula, termasuk ustad 110%.

Rakyat Malaysia tidak bangang. Rakyat Malaysia bukan bangang.

Yang bangang ialah..... (lihat lama lama di sini)