Semasa usrah last night kami sambung cerita kenturkey. Diberitakan sebelum ini ada orang yang mengambil video seorang penjual air beancurd meludah ke dalam balang airnya. Mungkin itu petua dia untuk melariskan jualan. Berita dirakam di bandar baru bangi, selangor
Beberapa hari lepas seorang rakan menunggu anaknya untuk diambil dari sekolah. Di situ juga ada penjual aiskrim homemade. Penjual ini juga adalah rakan kepada kawan ini. Penjual ini menyediakan satu gunting, biasanya digunakan untuk memotong hujung plastik pembungkus aiskrim supaya mudah terbuka, dan memudahkan anak anak yang beli memakan aiskrim tersebut.
Juga penjual menyediakan satu towel kecil, gunanya untuk mengelap cebisan air pada plastik aiskrim tersebut.
Kawan ku ini perhatikan penjual aiskrim ini, sementara menunggu anak anak sekolah keluar dari sekolah, dia menggunting gunting bulu hidungnya dengan menggunakan gunting yang ada padanya.
Selepas itu, diambilnya towel kecil tadi dan menyapu nyapu hidungnya menggunakan towel ini.
Kemudian anak anak keluar sekolah setelah tamat sesi belajar dan berkejar beli aiskrim homemade ini. Penjual selamba aje potong bungkusan aiskrim dengan gunting tadi, dan selamba aje menyapu aiskrim dengan towel tadi.
Berlaku di bandar baru bangi. Sekolah rendah jalan 2