Tuesday, July 5, 2011

KENTURKY FRIED KASUT

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
kembang juga tekak bila tengok utiub pekerja kenturkey menyapukan ayam yang telah disalut tepung ke kasutnnya bahagian tapak.


Sebenarnya masa aku berumur sekitar 8,9 tahun dahulu pernah aku lihat satu peristiwa. Semasa orang sedang bekerja untuk menyiapkan makanan bagi sebuah jamuan kenduri kawin, anak muda pada ketika itu bertugas memarut kelapa dan memerah santan.


Aku masa itu budak budak menyebuk saja.


Sambil orang muda muda ini menyiapkan santan, mereka saling cabar mencabar antara satu sama lain, siapa berani ludah dalam santan tu.

Seorang daripada mereka lantas khaaaak.... ptuihh ke dalam besen santan tu. Lepas tu diikuti pula oleh seorang lagi. Aku tidak ingat berapa orang yang khaaak ptuiih ke dalam besen santan tu.


Orang yang buat kerja tu sampai hari ini aku ingat namanya. Tidak tahu masih hidup lagi ke atau x