Tuesday, August 16, 2011

RINDU KU TERUS MEMBARA

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Aku kira dalam tahun 1996. Sebaik selesai solat subuh, ramai lagi jemaah yang terus kekal di tempat duduk masing masing sambil beramal dan beribadat dengan amalan yang masing masing lazimkan selepas solat subuh. Aku dengar dia baca surah Ya Sin. Nada bacaannya kuat, sehingga jelas kedengaran disekitarnya. Ku perhatikan yang mambaca itu, seorang OKU tanpa penglihatan. Aku agak umurnya sekitar 60an, dan daripada perawakannya aku menjangkakan dia berasal dari South Asia, samada India, Pakistan, Bangladesh atau Sri Lanka. Aku sedang berada dalam Masjid Nabawi di Madina.


Bersama zaujah musim haji 2009

Lepas baca Ya Sin, dia sambung dengan ArRahman. Lepas itu dia baca Al Waqiah. Lepas itu dia baca Al Mulk. Esok, ditempat yang hampir sama, lepas subuh, aku jumpa dia lagi. Dia beramal dengan surah surah yang sama.

Aku tahu, itu adalah isyarat daripada Allah subhanawataala, kalau kau nak beramal, surah surah sedemikianlah molek kalau diamalkan. Aku mengambil ilmu orang itu dan mengamalkannya sehingga hari ini.

Hari jumaat ini 19/8/2011 aku dan zaujah serta juga emak saudara zaujah dan anak perempuan beliau akan menunaikan umrah. Inilah pertama kali kami nak merasa umrah semasa ramadhan. Walau pun dengan izin Allah akuj dan zaujah berpeluang ke tanah suci sekian kalinya, namun kerinduan kepada kedua masjid ini tidak padam padam malah terus membara.

Berlatar belakang Masjid Haram musim haji 2009

Setiap hari bekerja sekarang aku memandu satu setengah jam untuk sampai. Tidak terasa lelahnya bila ilmu OKU berkenaan aku amalkan