Thursday, January 12, 2012

JAMBATAN DILETOP

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Kira kira 29 tahun yang lepas aku berbual bual dengan O. Dia adalah orang Melayu keturunan Bugis. Dia adalah bekas tentera british yang berkhidmat dalam bidang risik. Dia beritau aku dia mencapai kategori C3 dalam badan persisikan tersebut, iaitu kategori paling tinggi yang boleh dicapai dalam organisasi tersebut. Pada masa berbual tu semua file mengenai beliau telah di declassify.


Semasa zaman konfrantasi antara Indonesia dan Malaysia, beliau telah diberi assignment pergi ke Indonesia, masuk bawah jambatan, pasang bahan peletup dan letupkan.


Apabila diletup sahaja, radio propaganda akan menyiarkan berita bahawa rakyat Indonesia telah bangkit melawan Sukarno.