السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Dua sabtu lepas aku terima call dari Dr. Luli Joshu Melling. Dia menceritakan tentang artikelnya dalam jurnal antarabangsa yang mendapat 58 citation. Luli adalah bekas pelajar aku, sekarang menjadi rakan yang tidak akrab, tetapi dalam 5-6 tahun sekali berhubung.
Semasa beliau memohon membuat MSc di U of Reading, UK, aku tulis dalam surat recommendation tentang dia: She undertook soil survey in the uncharted forests of Sarawak, and she was six months pregnant at the time.
Bila dia sampai di Reading, supervisornya tunjukkan surat yang aku tulis itu kepadanya, kerana mat saleh tu sangat terpesona dengan dia.
Kemudian dia buat PhD di Tokyo, dalam masa 3 tahun siap dan dapat PhD. Aku tanya dia macam mana dia boleh dapat PhD dalam masa 3 tahun, dia jawab; You are the one who taught me! You told me to write everyday, no matter how little,
Dalam tahun 1990, aku ditugas membawa serombongan pelajar ke Sarawak, dan untuk pertolongan logistik, kami mohon bantuan kementerian pertahanan, kot kot boleh dapat. Oleh kerana dia kenal timbalan menteri tu, kami bawa dia bersama jumpa pak menteri.
On the way balik dia bercerita yang seorang pegawai tentera yang Melayu dan aku percaya Islam dalam pejabat tu warning dia mengenai aku yang berserban dan berjanggut. Pegawai itu kata orang itu bahaya. Si Luli inilah yang mempertahankan aku, sedang si Islam tu mengutuk aku.
Sering aku ajak dia masuk Islam, dia memang hendak, tetapi not the time yet, katanya.
Semasa dia berjumpa aku sebaik tamat PhD, dia menceritakan bahawa dia memulai disertasinya dengan surah Al A'la:
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
سَبِّحِ ٱسۡمَ رَبِّكَ ٱلۡأَعۡلَى
Dan banyak pihak yang menyanggah pendekatan dia .....