Tuesday, February 28, 2012

PRESIDEN IALAH.....

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Dalam perbincangan dengan sahabat sahabat ku mengenai isu semasa, kami selalu mengimbau kami ini adalah generasi yang bila mesuk p/raya, kalah. Kami sudah lali dengan keadaan seperti itu. Tetapi sekarang suasana telah berubah, PAS masuk pilihan raya dan menang. Kelazatan kemenangan ini nampaknya menghakis tarbiyah, kalau ada tarbiah. Kalau tidak ada tarbiyah, ia meranapkan tuan punya diri.

Walau pun aku tidak menyangkal kemungkinan ada unsur unsur anwariyyun dalam kemelut Kedah sekarang, tetapi aku lebih merasakan ia adalah rasa terkulat kulat apabila kelazatan kemenangan itu belum puas lagi dijilat dan dikulum. Ia bukan bermula dengan tindak dan tanduk Utz Azizan sebelum ini, tetapi ia adalah jelmaan ketagihan kelazatan kemenangan yang bertitik tolak daripada insiden Utz Azizan dimasukkan ke IJN kerana hal kesihatan.

Maka bermula dari situ telah ada yang terbayang jawatan menteri besar itu boleh jatuh ke tangan aku. Apabila Utz Azizan kembali sihat, dan jawatan itu tidak berpindah tangan kepada aku, maka musabab yang seterusnya boleh dicipta.

Mencipta kemelut adalah petanda bahawa ada orang yang tidak mampu mengawal kelazatan kemenangan. Ia telah menunjukkan padah di Selangor, dan mula merebak ke Kedah pula. Kalau ahli biasa yang tidak paham dan reti mengawal kelazatan kemenangan boleh difahami. Tetapi kalau pemimpin yang pelahap dan ketagih kepada kalzatan kemenangan, itu petanda organisasi itu mula membasai, mula memburuk, mula decay. Untuk selamatkan organisasi, punca basai itu perlukan pruning.

Walau apa pun pendirian dan pandangan orang, aku tetap menyatakan dan memberi sokongan kepada ustaz Azizan. Kerana, sekiranya keadaan perlu atau mendesak, orang yang paling layak menggantikan presiden sekarang ialah

beliau