Wednesday, June 27, 2012

ABUYA

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Minum apa encik? boleh aje kalau aku nak jawab, saya tak mau minum, tapi sebab jiwa ni jenis kaki bangkang, aku jawab, eh, aku nak makan la! Minah endon hari pertama aku di situ tarik muka masam.

Hari ke dua, minum apa encik? eh, aku nak makan la. Minah endon yang ini pula tersongeh songeh.

Aku datang nak makan, kenapa kau tanya minum apa encik? Aku ada bawa air mineral sendiri kerana aku tak confident kebersihan bancuhan air engkau. Tapi nasi kau ku baham juga.

Tengah hari tadi, minah endon yang tersongeh tu, tersongeh lagi bila lihat aku, tetapi kali ini dia tidak kata minum apa encik? agaknya dia dah jangka apa jawapan aku.

Aku pilih untuk ambil lauk ikan kembung bakar, aku tanya minah tu: perut ikan ni dibuang ke tidak? saya tidak tahu, jawabnya. 

Tiba tiba hampir pula minah endon yang dulunya masam, dia beritau saya yang keluarkan perut ikan tu. Aku jawab, ok la, aku percaya cakap kau. Tapi saya tanya dia kembali, kenapa aku tanya perut ikan ini dah dikeluarkan ke atau tidak,

sebabnya nya dalam perut tu ada tahi. Tahi tu najis. Aku tak mau makan benda yanbg najis.

Menah endon dua orang ni anguk. Sebab dia bukan tokeh, depa ni cuma kerja di

restoren abuya