السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Hassan Malek jadi sebutan MB baru
PETALING
JAYA: Timbalan Menteri Luar Bandar, Datuk Hassan Malek disebut-sebut
sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan yang baru selepas pilihan raya
umum 13.
Hassan juga ahli Parlimen kawasan berkenaan sejak 2008. Sebelum itu beliau merupakan ADUN Juaseh pada 2004.
Dalam Umno Kuala Pilah, Hassan adalah Timbalan Ketua bahagian.
Dalam Umno Kuala Pilah, Hassan adalah Timbalan Ketua bahagian.
Seorang bekas ADUN Umno Negeri Sembilan berkata, nama Hassan menjadi perbualan orang ramai di negeri itu.
“Saya mendapat tahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah bertemu dengan ketua-ketua Umno bahagian Negeri Sembilan.
“Saya difahamkans separuh yang hadir tetapi Hassan disebut-sebut sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan yang baru,” kata Datuk Mohamad Rais Zainuddin, bekas ADUN Chembong dalam Parlimen Rembau.
“Saya difahamkans separuh yang hadir tetapi Hassan disebut-sebut sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan yang baru,” kata Datuk Mohamad Rais Zainuddin, bekas ADUN Chembong dalam Parlimen Rembau.
Khabar angin bertiup kencang mengatakan Menteri Besar Negeri
Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan dijangka bertanding di Parlimen
Rembau dalam PRU 13.
Ada tanda
Sementara itu, bekas Setiausaha Umno Kuala Pilah, Datuk Ibrahim Jahaya mengakui ada tanda-tanda mengenai perkara tersebut.
“Biasanya Ketua Umno bahagian akan dilantik Pengerusi BN bahagian tetapi kali ini ada perbedaan.
“Hassan merupakan timbalan Ketua Umno Kuala Pilah, manakala ketua dipegang Datuk Ismail Lasim,” katanya.
Bagaimanapun, Ibrahim menegaskan sekiranya Mohamad bertanding kerusi
Parlimen, ada kemungkinan Hassan akan menjadi Menteri Besar Negeri
Sembilan yang baru.
Tetapi, katanya terpulang kepada Perdana Menteri untuk memilih siapa memegang jawatan tersebut.
,Ibrahim merupakan bekas ADUN Seri Menanti selama dua penggal dari
1999 hingga 2008 itu. Beliau kini menjadi Pegawai Khas yang Dipertuan
Besar Negeri Sembilan.
Menurutnya, Najib bersama Mohamad pernah menghadap Yang Di Pertuan
Besar Negeri Sembilan di Istana Besar Seri Menanti beberapa bulan lalu.
Tetapi menurut Ibrahim, beliau tidak mengetahui apa yang dibincangkan.