Friday, June 15, 2012

OOoo MCM tu KA?

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Bertemu dengan sahabat lama yang pakar dalam bidang bahasa. Beliau juga bertugas kontrak dengan institusi di mana aku berada sekarang.

Aku bincangkan hal perkataan BITARA, yang mana institusi aku berada ini sering menggunakan perkataan ini. Sahabat kau ini bertanya: kau tau apa makna bitara?

Aku jawab, aku diberi tahu maknanya ialah the only one.

Itulah makna yang diberitahu kepada aku dalam kursus yang dinamakan BITARA

Sahabat aku ini beri tahu, perkataan ini datag daripada dua bahagian: pertama BI dan kedua TARA

BI ini, katanya adalah satu imbuhan dalam bahasa melayu yang tidak digunakan lagi. Maksud BI ialah tiada.

Oleh itu, katanya, perkataan BIADAP itu bermaksud: BI = tiada, ADAB =adap, jadi biadap ialah tiada adab.

BITARA katanya datang daripada BI=tiada, TARA=tandingan. BITARA bermaksud tiada tandingan.

OOoo, macam tu ka, kata ku. 

Kerana yang aku tahu selama ini ialah

VITARA