Thursday, June 7, 2012

HAMIRDIN TERAPUNG

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Aku sudah berapa kali buat posting pasal masjid terapung, seperti di sini ,atau di sini, atau di sini. 

Memang telah menjadi trend di Malaysia ini, pihak berkuasa dan berduit berlumba   lumba buat masjid dan bina masjid di atas permukaan air. Sebagai contoh ialah masjid Kristal yang menjadi latar di belakang pak haji yang tersongeh tu.

Ada kawan kawan aku yang segera melompat untuk melabelkan sebahagian masjid sperti ini  sebagai masjid dirar.

Aku tidak mau komen lebih lebih dalam hal ini.

Bina masjid memang bagus, malah digalakkan. Cuma yang dipentingkan dalam Islam ialah solat itu didirikan, maka dengan sendirinya masjid itu akan turut didirikan. Namun, kalau mendirikan solat itu tidak ditekankan dan seriuskan oleh setiap pihak, maka, cicak lah yang memakmumkan solat dalam masjid.

Sekirannya disibukkan dengan membina masjid terapung, namun iman tidak dibina sehingga menjadi lampung, maka gah sahaja yang dapat diagung

masjid terapung kekal kosong