Sunday, December 28, 2008

ZAHARAH DAN RAHMAH

Assalamualaikum,

Masjid Tengku Tengah ZAHARAH di Kuala Terengganu adalah salah satu masjid yang menarik. Ia dibina dengan konsep masjid terapung, maksudnya masjid tersebut berada di atas air, walaupun ia sebenarnya tidak terapung.

Ia menjadi kebanggaan negeri Terengganu, kerana ia merupakan salah satu daripada mercu tanda negeri tersebut. Diberitakan bahawa penciptaan masjid tersebut diasaskan kepada Masjid RAHMAH di JeddaH yang dibina di atas air di pantai Laut Merah di Saudi Arabia.

Saya telah berpeluang solat dikedua dua masjid, dan memang terasa kebangaan untuk mendapat peluang yang sedemikian.

Oleh kerana Terengganu telah ada Zaharah, maka saya harap sangat, dan berdoa supaya Terengganu ada RAHMAH. Negeri Terengganu telah sedia menerima Rahmah Allah, dan diharap jangan tidak disyukuri oleh Terengganu.

1. Rahmah minyak: royaltinya hendaklah dititis kepada rakyat. Bukan dikebas

2. Rahmah Penyu. Jangan curi telurnya, dan jangan bunuh makhluk tu

3. Rahmah emas. Bila dah lombong emas, keluarkan zakatnya

4.Rahmah marble. Ambil manfaat untuk rakyat

5. Rahmah silica. Gunakan untuk menjana pendapatan rakyat.

dan macam macam Rahmah lagi yang Allah telah anugerah kepada Terengganu.

Bila PAS perintah Terengganu, PAS telah cuba bawa hukum Allah menjadi hukum tertinggi negeri ini. Itu satu Rahmah.

UMNO tolak itu. UMNO tolak Rahmah. Dia ajak orang Terengganu semua sekali tolak Rahmah.

Orang Terengganu mesti mencari RAHMAH. Tolak UMNO