Friday, June 22, 2012

INI SENSASI


سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Ramai orang yang suka membawa dan menceritakan cerita cerita yang sensasi, yang sekiranya didengar, besar kemungkinan kita akan terpesona dan melopong sambil berkata uwaah!



Gambar di atas aku ambil semasa mengerjakan haji 2009, untuk merakamkan rupa kubah hijau di masjid nabi. Aku perhatikan tidak ada apa yang sensasi mengenainya.


Tetapi ada orang yang sensasikan kubah ini dengan membawa cerita kononnya ada seorang yang memanjat kubah tersebut untuk mencuri jenazah Rasulullah, tetapi dipanah petir dan mayatkan kekal hingga hari ini melekat pada kubah tersebut.

Tapi sebenarnya yang ada hanyalah satu ventilation vault di kubah tersebut untuk pengudaraan dan kerja kerja pembersihan.

Bila masuk musim Israk dan Mikraj yang baru sahaja lepas, ramai nanti yang akan berceramah mengenai batu terapung. Aku dah komen mengenainya dalam tahun 2008 di sini.

Dalam tahun 1990an, adik perempuan aku ada bekerja dengan KOHILAL. Aku sendiri sering ke sana untuk membeli barangan KOHILAL dan sering belanja adik aku lunch di restoren HASLAM.


Mungkin ada orang kenal aku nampak aku makan bersama adik perempuan aku, orang itu kenal aku, tetapi tidak kenal adik perempuan aku. Habis seantero dunia heboh!

Aku dah kawin lagi satu