السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Hari raya pertama ramailah anak buah cucu dan cicit kepada bapa mertua aku datang menziarah beliau. Makanan yang disediakan tu standard la kalau hari raya. Seorang daripada cucu yang makan tu dah selesai makan, tetapi aku lihat dalam pinggannya ada sebelah lagi ketupat yang tidak habis dimakan, dan beberapa ketul daging juga yang tidak habis dimakan.
Emaknya mengambil pinggan tersbut dan, pruup, masuk dalam tong sampah semua sekali.
Aku rasa ghalat yang teramat sangat sebab makanan tersebut tidak habis dimakan, untuk menyediakannya bukan free, tetapi telah sekian banyaknya budget yang dikeluarkan, barulah boleh dihasilkan makanan itu. Si ibu dan si bapa memang kadang kadang rasa temahaq, iaitu haloba dan tamak mata bila melihat makanan banyak, dan diisikan sebanyak mungkin ke dalam pinggan anak, tanpa mengira si anak tu boleh habis ke tidak.
Pernah dalam satu kenduri kawin, seorang budak perempuan makan dihadapan aku, dan makanannya diambilkan oleh ayahnya. Si anak ini makan dua tiga suap sahaja, lepas tu dah, berhenti makan. Aku lihat dalam pinggannya dua tiga daging masak kurmak terponggok, dan itu akan dibuang begitu sahaja. Sedangkan daging itu telah diproses , ditumis, dimasak dan melibatkan pelbagai kos, tiba tiba buang begitu sahaja. Halnya si ayah temahaq mata semasa mengisi pinggan untuk anaknya.
Begitu juga kalau dalam majlis yang menyediakan makanan secara buffet, yang temahaq tu akan mengambil
sebanyak mungkin makanan, setelah dimakan, tak boleh habis, akhirnya buang begitu sahaja. Orang yang di hujung queue mungkin tidak dapat makanan, sebab yang dipangkal telah begitu temahaq mengambil sebanyak yang mungkin, tetapi lebih banyak masuk tong sampah daripada masuk perutnya.
Kalau pergi haji atau umrah, inilah perangai hodoh yang berapa kali tawaf pun tak boleh diperbetul. Ambil makanan sebanyak yang mungkin, lepas tu tak habis makan. Ambil buah buahan sampai tak cukup tangan, lepas tu buah buahan tersebut dibiar kecut dalam bilik.
Orang yang temahaq ni patut disuruh hirup kahaq