Memang dia seorang yang baik. Seorang ustaz tulin memang layak jadi orang yang diterima oleh Allah. Allahyaraham meninggal pada hari jumaat terakhir dalam bulan ramadhan ini. Secara mengejut ia berlaku. Semuga Allah masukkan beliau dalam tim mereka yang mendapat RedhaNya.
Malam lepas sepupu kepada isteri pula dijemput Allah, juga dengan cara yang tidak dijangka keluarga. Semua Allah mencucuri rahmat ke atas rohya.
Tanah perkuburan ini adalah satu satu tanah perkuburan orang Islam yang besar di bandar ini. Semasa melalui tanah perkuburan ini kira kira 20 tahun yang lepas, aku dapati terdapat beberapa orang pengunjung yang meletakkan kalungan dan jambak bunga dikubur yang mereka lawat.
Aku berkata sendirian, ini macam amalan orang bukan Islam.
Semasa aku ke kuburan untuk upacara semadian sepupu yang meninggal, aku dapati hampir semua kubur yang telah diziarahi diletakkan jambak atau kalungan bunga.
Setakat yang aku pernah lihat, inilah perkuburan Islam yang pusara itu diletakkan jambak bunga, kalau amalan ini juga berlaku di perkuburan lain, wallahuwa'lam.
Sengaja aku tidak tunjukkan gambar kubur yang dijambak dengan bunga, kesian aku, kerana aku berpendapat, amalan seperti ini
bukan amalan dalam Islam