السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Antara ilmu penting yang perlu diraih oleh pelajar di universiti ialah mengenal pasti masalah, menganalisis masalah dan mencari penyelesaian kepada masalah. Ini adalah ilmu asas yang mesti diraih oleh pelajar, sekiranya mereka gagal untuk mendapat ilmu ini, maka pada asasnya mereka gagal dalam pelajaran di peringakat tinggi.
Untuk mendapat ilmu ini, pelajar diajar untuk berfikir secara kritikal, menganalisis sesuatu masalah, dan tidak menerima sesuatu keputusan selagi ia tidak disokong oleh bukti.
Sebab itu anda mesti bersifat analitikal dan kritikal, bukan bersikap dan bersifat lembu dicucuk hidung.
Apabila para pelajar melihat gambar Tuan Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Hj. Abd. Hadi Awang dikencing oleh gangster, maka para pelajar mesti menilai, apakah perlakuan tersebut betul atau salah, beradab atau tidak. Kalau salah dan tidak beradab, maka pemikiran kritikal dan analitikal anda akan bertanya, kenapa polis, atau pihak berkuasa tidak mengambil tindakan?
Apabila sebahagian veteran tentera membuat tarian menunjukkan bontot ke arah rumah Ambiga, dan tiada apa apa tindakan dikenakan oleh mana mana pihak yang bertanggung jawab, maka pemikiran para pelajar mesti menanyakan mengapa? betulkan perkara mediam diri ini?
Apabila kepala babi dicampak ke dalam surau dan masjid, apabila kepala lembu diarak ke sana ke mari dengan tujuan menghina dan menaikkan kemarahan pihak yang ditarget, maka para pelajar mesti menilai, mengapa tiada tindakan dikenakan kepada mereka yang melakukan perkara sedemikian?
Tetapi apabila seorang pelajar menunjukkan bontot kepada gambar seorang pemimpin politik negara, maka serta merta siasatan dilakukan, tangkapan dilakukan, media menyerbu, pelajar dibuang daripada kolej, ptptn diberhentikan serta merta, dan segala macam bentuk penderaan dikenakan tanpa bicara.
Adakah anda yang berfikiran kritikal dan analitikal boleh menerima tindakan zalim lagi berat sebelah ini?
Atau anda dengan senang hati endorse kerana
hidungmu dicucuk serta bertali penambat