السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Amalan berpolitik begitulah. Sekiranya anda tidak sehaluan dengan pandangan dan pendirian rasmi parti, samada anda keluar parti, menyendiri atau mati beragan atau layu mati terkulai. Zaman Daeng Sanusi Daeng Mariok, beliau memberi tahu kami kaedah PAS adalah membiarkan kes yang sedemikian mati beragan.
Pendirian PAS terhadap Nasharudin Mat Isa nampaknya masih lagi menggunakan landasan seperti yang disebut oleh Pak Daeng tersebut. Telah banyak kes yang berlaku, di mana pemimpin itu yang terkucil, dan ahli bawahan tetap istiqomah dengan perjuangan.
Teringat kata kata Pak Leman yang menjual pasemboq di restoren amjal: dia ni yang pimpin usrah kami di Kampung Kerinchi, tetapi sekarang dia dalam dakapan umno. Teringat kata kata sahabat sahabat di Batu Laut, Sepang sekitar 1990s: dia dulu yang memperkenalkan kepada kami PAS dan mengusrahkan kami, tetapi sekarang jadi ADUN umno.
Teringat seorang yang membawa pelajar pelajar sekolah menengah swasta ke pelbagai program rehlah dengan tujuan untuk turn over pelajar pelajar tersebut supaya menjadi pendokong PAS, sekarang dia seoarang menteri UMNO.
Sekitar pilihanraya 1969, negara digempaqkan dengan isu kafir mengkafir. Maka untuk meredakannya diadakan majlis bersumpah di masjid. Presiden PAS (pada masa itu Yang Di Pertua) bersumpah di masjid Muhammadi Kota Bharu, presiden UMNO bersumpah di masjid Zahir Alor Star.
Sebaik selesai pilihan raya negara dilanda mala petaka peristiwa berdarah 13 Mei 1969.
Presiden UMNO tersebut, Tunku Abdul Rahman, diakhir hayatnya keluar UMNO dan tidak mati dalam UMNO.
YDP PAS diakhir hayatnya, keluar PAS dan
setakat yang aku tahu, mati dalam keranda UMNO