Thursday, May 9, 2013

GIGI LEMBUT

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Dalam menghadapai pru 2004, tv memainkan footage yang menunjukkan bagaimana kononnya PAS menghasut masyarakat sehingga berlaku pelbagai fitnah dan kesongsangan yang meyebabkan beberapa peristiwa, ada diantarnya yang berdarah seperti di Memali. Footage tersebut disiar, disiar dan disiar berkali kali dengan tujuan untuk menanamkan rasa kebencian pengundi kepada PAS. 

Dan kau tau siapa menteri yang bertanggung jawab untuk strategi tersebut.

Begitu juga dengan pelbagai serangan persepsi yang dilanyakkan kepada semua parti politik yang tidak sehaluan dengan BN, dengan tujuan untuk mencetak rasa benci pengundi dan rakyat kepada siapa sahaja yang mereka golongkan sebagai pembangkang.

DAP adalah satu parti yang dipersepsikan sebagai sangat racist dan dan sangat membenci orang Melayu dan sangat berbahaya dan sangat meloyakan.

Orang yang bertanggung jawab untuk mencetak persepsi rakyat dalam pru 2004 dan seterusnya dalam pru 2008 sekarang mengatakan amanoh patut berbaik baik dengan DAP.