السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Kau merupakan satu fenomena alam yang hanya dapat disaksikan oleh mereka yang berada di tempat itu dan di masa itu. Ramai yang memohon dan berdoa agar kau terus berada di tempat di mana kau berada, agar semua dapat menikmati keindahanmu dan mengkagumi kebolehanmu.
Juga tidak kurang yang inginkan kau segera berambus, kerana kau adalah batu penghalang kepada agenda kelahapan mereka. Mereka inginkan kau berundur, dan berundur segera. Namun kau hamburkan I"ll quit when it's time. Dan time itu kau sendiri yang menentukannya. Bukan mereka.
Sekarang time itu telah tiba. Kau merehatkan diri tanpa dipaksa. Atas pilihan sendiri dan bukan oleh sesiapa.
Semua memahami dan menghormatinya.