السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Mendidik anak anak semasa bulan puasa ini sememangnya mencabar. Semasa anak anak ku masih kecil dan perlukan didikan berpuasa, kadang kadang aku rasa amat belas kepada mereka. Sekitar jam 4:30 pagi mereka dikejutkan untuk sahur.
Dah pesan kepada meraka usah tidur lepas sahur, kerana lepas subuh perlu pula bersiap untuk ke sekolah. Namun anak anak tetap dengan kelaku mereka. Lepas sahur berdentum tidur semula. Sampai waktu subuh, walau bagaimana lekit pun untuk digerakkan untuk solat subuh, namun mereka terpaksa digerakkan dan disuruh bangun lagi untuk solat subuh dan langsung bersiap untuk ke sekolah. Semasa mereka balik dari sekolah berjalan kaki, boleh ku saksikan mulut mereka menyeringai kepanasan, kehausan dan keletihan. Seperti seekor cheetah menjelirkan lidah kepenatan setelah mengejar mangsa tetapi gagal.
Semasa mereka bersekolah sesi petang, aku lihat semuanya lembik loyak berjalan kaki kembali ke rumah setelah selesai sesi persekolahan untuk hari itu. Namun itulah tarbiyah untuk mereka.
Selamat berpuasa semua.....