Friday, July 19, 2013

BERJUMPA LAILATUL QADAR

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Awal tahun 80an aku tinggal di rumah no. 27, Jalan 1/9H. Kawan ku ustaz Hiasyamudin yng pada masa itu seorang pelajar pengajian Islam menjual satu set kitab Bahrul Mazi karangan Syeikh Al Marbawi. Semasa mentalaah kitab tersebut dibulan puasa mengenai perkara perkara yang berkaitan dengan puasa, aku ingin mencuba mencari Lailatul Qadar.

Almarhum bapaku ada memberi tahu bahawa beliau percaya telah bertemu dengan Lailatul Qadar dalam salah satu tahun semasa hayat beliau. Aku pun ingin mencuba juga. Tambahan lagi, apabila aku baca kitab kitab lain, ada ulama yang memberi petua macam mana nak jumpa malam agung tersebut, dan mengikut ulama ini, beliau tidak pernah gagal menemui lailatul Qadar sejak baligh dengan menggunakan formula itu.

Tambahan pula semasa kecil, ada ahli keluarga memberi tahu malam turunnya lailatul qadar, pucuk pucuk pokok aku tunduk sujud ke bumi. Maka ini adalah tanda tanda besar berlakunya perkara ini.

Juga diberitakan kepada kita bahawa Rasulullah s.a.w. ber'iktiqaf sepuluh malam terakhir dalam bulan Ramadhan, maka siap yang mampu, eloklah hidupkan sunah itu, mudah mudahan dikurniakan Allah bertemu dengan lailatul qadar.

Aku juga membaca dalam kitab Bahrul Mazi tanda tanda berlakunya lailatul qadar, dan aku sentiasa tercari cari tanda tanda sedemikian.

Setiap 10 malam terakhir dalam bulan Ramadhan aku cuba hidupkan dengan tidak tidur, tetapi beribadat, tetapi aku lakukannya dirumah. Setiap setelah penat, aku akan buka pintu meninjau ke luar rumah, kot kot ada tanda turunnya lailatul qadar.

Tidak ada juga. Malam esok, tidak ada juga, malam lagi satu, tidak ada juga, sehingga habis malam dalam bulan Ramadhan. Tetap aku tidak ketemu dengan lailatul qadar.

Akhir, insaflah aku. Aku tidak layak untuk ditunjukkan kebesaran malam tersebut.

Sejak itu, aku mengamalkan apa yang dipesankan oleh almarhum ustaz aku Prof. Dr. Mohamad Saedon, beramal setiap malam dalam bulan Ramadhan.

Pasti kau bertemu lailatul Qadar.