Thursday, August 15, 2013

ISLAMNYA HANYA DI BIBIR

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Amat menyedihkan bila menyaksikan footage mengenai kezaliman pihak berkuasa mesir membunuh rakyatnya sendiri. Kesalahan terletak kepada mereka yang membunuh rakyat dan warga negara mereka sendiri, kerana tidak ada negara yang waras, tidak ada pemimpin yang waras fikirannya yang akan mengarahkan pasukan keselamatan mereka membunuh rakyat sendiri.

Konspirasi menjatuhkan Morsi kita tahu telah dirancang sebaik Morsi memegang tampuk pemerintahan, sebab itu Kerry secretary of state kerajaan usa menyatakan sokongan dan approval negara itu terhadap rampasan kuasa yang dilakukan oleh Si sisi. Rampasan kuasa itu tidak diakui sebagai satu rampasan kuasa, kerana kononnya berjuta juta rakyat mesir mahukan Morsi diturunkan. Kalau mahu Morsi diturunkan kenapa usa tidak menyuruh cara melalui peti undi untuk melakukannya seperti yang sentiasa dichampionkan, tetapi approve pula cara rampasan kuasa dan kemudian melabelkannya sebagai bukan rampasan kuasa.

Di kalangan mereka yang bersekongkol dengan sisi, usa dan israel, naiknya Morsi memegang tampuk pemerintahan adalah sesuatu yang amat mereka geruni, kerana kononnya Ikhwanul Muslimin adalah satu pergerakan yang menggunakan agama untuk mencapai matlamat politik. Lagu sama yang dinyanyikan oleh mereka yang benci di hati mereka kepada Islam di negara ini yang melabelkan PAS dengan tempelan label yang sama.

Sekiranya rakyat Israel menari nari apabila Morsi dijatuhkan, kita boleh faham kegermbiraan mereka, kerana salah satu daripada kegerunan dan kegusaran mereka telah berjaya dipadamkan. Tetapi apabila ada di kalangan orang yang lidahnya mengaku Islam, tetapi hatinya benci kepada apa jua yang dikaitkan dengan Islam, terutama apabila mereka yang berpegang kepada ideologi berteraskan dan bertunjangkan Islam diberi peluang oleh sistem demokrasi untuk menerajui pucuk pimpinan politik, maka di situlah mereka menunjukkan belang sebenar mereka. Mereka benci, takut, gusar serta susah hati sekiranya Islam itu diberi peluang berkuasa dan dikuatkuasakan.

Pada qalbu mereka ada penyakit. Mereka Islam. Tetapi hanya di bibir.