Teringat semasa menyaksikan filem Omar Mukhtar bagaimana pejuang pejuang Islam yang berjuang dengan Omar Mukhtar mengikat kaki mereka semasa pertempuran sedang rancak berlaku. Pada mulanya aku tertanya tanya mengapa mereka lakukan sedemikian. Kemudian barulah aku dapat jawapannya, bahawa mereka hendak make sure yang mereka tidak lari daripada perjuangan dan tidak meninggalkan medan perang.
Kemudian semasa Amerika melanggar Afghanistan kononnya untuk menjatuhkan pemerintahan taliban di sana, semasa membaca laporan luar negara, apa yang mereka katakan ialah terdapat banyak kelompok yang sedang berjuang melawan Amerika, tetapi mereka ini adalah jenis yang mudah switch side. Aku berkata kepada diri sendiri, ini adalah pendapat yang tidak benar, mana mungkin mereka yang berjuang atas dasar Islam berpaling tadah. Apa yang berlaku ialah banyak daripada pelbagai puak yang pada mulanya berjuang menentang Amerika, tetapi apabila ditawarkan pelbagai habuan, mereka sungguh berpaling tadah.
Memang, yang sebenar benarnya berjuang kerana Islam, tidak akan berpaling tadah. Tapi yang berjuang selain kerana itu, semua bisa diatur