Thursday, August 20, 2015

BADAN KU LINTANGKAN


مِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Semua pihak mencemuh apabila kerajaan Perak yang pada masa itu Mentteri Besarnya ialah Nizar ditumbangkan dengan cara tidak bermoral. Tetapi itu adalah salah satu cara bagaimana kerajaan yang memegang tampuk pemerintahan boleh dijatuhkan, dan ia telah diapprove oleh mahkamah.

Semasa ada orang yang cuba menggunakan kaedah sedemikian dalam satu langkah yang dikenali sebagai 16 September bagi menjatuhkan kerajaan BN, ramai yang menyokong kaedah berkenaan, tetapi apabila kerajaan Perak pada masa itu tumbangkan dengan cara yang sedemikian, yang dulunya menyokong kaedeah itu, menyeranahnya pula.

Sekarang ada tokeh politik yang merancang untuk menjatuhkan kerajaan BN sekarang dengan cara yasng serupa, dengan menggembling kerusi dalam gabungan meraka, dan kemudian mengajak mp BN berpaling tadah. PAS tidak dilawa untuk projek ini.

Mengikut tokeh ini, kaedah ini adalah mengikut perlembagaan. 

Kalau semasa kerajaan Perak dulu ditumbangkan, ada ahli PAS yang melintangkan dirinya bagi menghalang kenderaan daripada bergerak, adakah konco tokeh ini sekarang yang sanggup melintangkan badan mereka agar tokeh besar ini boleh melcak mereka asalkan projek berjaya?